Thursday, February 11, 2010

Kapsul susu kuda liar lawan kanser

Penerangan lebih lanjut sila hubungi handphone: 012.299.7174 atau email: khasiatsusukuda@gmail.com

SERDANG 14 Ogos - Sebuah syarikat tempatan, Setia Brothers Sdn. Bhd. berjaya memanfaatkan khasiat susu kuda liar untuk membunuh dan mengekang penularan sel kanser melalui produk Niemans Feramilch Capsule.

Produk dalam bentuk kapsul itu mengandungi serbuk susu kuda liar tulen yang diperoleh daripada lebih 10,000 ekor kuda yang diternak di sebuah ladang di Irian Jaya, Indonesia.

Pengarah Urusan Setia Brothers, Norhayati A. Rahim berkata, kapsul susu kuda liar itu dikelaskan sebagai makanan tambahan yang boleh menjadi alternatif perubatan moden.

Katanya, produk itu telah diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.

"Sejak kita memperkenalkan susu kuda liar asli dalam bentuk cecair kira-kira 12 tahun lalu, ia telah banyak membantu para pesakit kanser.

"Sejak itu kita sentiasa membuat penambahbaikan seperti menjadikannya dalam bentuk kapsul dan yang terbaru ialah pembungkusan yang lebih menarik dan penggunaan jenama Niemans Feramilch Capsule," katanya kepada Utusan Malaysia pada MAHA 2008 di sini hari ini.

Norhayati berkata, selain sesuai digunakan penghidap kanser, kapsul berkenaan juga boleh digunakan antaranya untuk pesakit lelah, darah tinggi, denggi dan sakit sendi.

Katanya, ia juga boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur dan boleh diambil satu kapsul sehari atau selang dua hari.

"Untuk bayi, kita sarankan ia diberikan kepada yang berusia enam bulan ke atas sahaja manakala bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit namun ia tidak boleh melebihi empat kapsul sehari," katanya.


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=28&storyid=1218767242579

No comments:

Post a Comment